Pages

Thursday, October 17, 2013

Prudential BSN Takaful Dianugerah Pengendali Takaful Terbaik Asia


Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ditubuhkan melalui gabungan Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedua-dua buah syarikat adalah sangat kukuh didalam bidang masing-masing. Pada awal tahun 2006 Bank Negara Malaysia telah memberikan kelulusan kepada PruBSN untuk menjalankan urusniaga Takaful.

PruBSN menyediakan perkhidmatan kewangan menepati peraturan Shariah bertaraf nasional serta penyelesaian Takaful yang inovatif dan dinamik dikalangan industri Takaful di Malaysia. PruBSN merupakan pembekal Takaful yang pertama menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan: yang pertama telah memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan: pembekal Takaful pertama yang menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan: yang pertama menawarkan tawaran peningkatan 5% didalam jumlah yang dilindungi setiap 3 tahun melalui pelan perlindungan tambahan dan pembekal Takaful pertama yang menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.

Penglibatan dalam perkongsian dengan institusi Perbankan tempatan untuk mencapai pengagihan yang lebih besar bagi membolehkan PruBSN berkhidmat dan memasarkan produk kepada pihak awam. Sehingga kini PruBSN telah menjadi rakan kongsi dengan Bank Simpanan Nasional, Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji, Bahagian Pinjaman Perumahan, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad dan Standard Chartered Saadiq Berhad.