Pages

Thursday, October 17, 2013

Ketahui 36 Jenis Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini adalah ringkasan sahaja. Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.



Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal

AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
Ø  Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
Ø  Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
Ø  Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.

Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.


Penyakit arteri koronari
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.


Penyakit sistik medulari
Sejenis gangguan buah pinggang keturunan yang progresif dimana terdapat kehadiran rongga berisi cecair (sista) di dalam medulla, tubular atrophy dan interstitial fibrosis dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan buah pinggang natrium yang terus berkembang mengakibatkan kegagalan ginjal kronik.Diagnosis haruslah disokong dengan biopsi ginjal.


Anemia aplasia
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
  •  Transfusi produk darah secara berkala
  • Agen perangsang sum-sum
  • Agen imunosupresif
  • Pemindahan sum-sum tulang


Pekak
Kehilangan penuh pendengaran segala bunyi kedua-dua belah telinga yang tidak boleh dipulihkan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk ujian audiometri dan ujian tahap bunyi mesti disediakan.


Meningitis
Meningitis bakterial yang menyebabkan keradangan membran otak atau saraf tunjang, mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.


Sindrom apalik
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.


Ensefalitis
Ditakrifkan sebagai keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kesan buruk kekal yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan disahkan oleh pakar perunding neurologi. Kesan buruk kekal neurologi ini mesti menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perketaan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.


Penyakit neuron motor
Penyakit neuron motor yang tidak diketahui puncanya ditandakan oleh kemerosotan yang semakin teruk rangkaian kortikospina dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuk kemerosotan otot tulang belakang, kerencatan bulbar yang semakin teruk, sklerosis amiotrofik lateral dan sklerosis lateral utama. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.


Penyakit Alzheimer
Kemerosotan atau kehilangan upaya intelektual atau kelakuan tidak normal, seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian-ujian standard yang diterima, yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan-gangguan otak degenerative jenis organik yang tidak boleh dipulihkan, tidak termasuk neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang gangguan organik berkaitan dadah atau alkohol, mengakibatkan kemerosotan besar fungsi mental dan sosial sehingga memerlukan penyeliaan Orang Yang Dilindungi secara berterusan.

Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar perunding berkaitan.


Hepatitis viral fulminant
Ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati yang teruk hingga sangat teruk disebabkan oleh sebarang virus yang dengan pantas menyebabkan kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu dipenuhi ialah:

a) saiz hati yang mengecut secara mendadak yang disahkan menerusi ultrasound abdomen;
b) nekrosis melibatkan seluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular yang runtuh;
c) ujian fungsi hati yang semakin merosot;
d) jaundis yang melarat.

Jangkitan atau status pembawa Hepatitis B sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostik.


Skelorisis berbilang
Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  • Gejala-gejala berpunca daripada trek (bahan putih) membabitkan saraf optic, stem otak dan tulang belakang, yang menghasilkan kesan buruk neurologi yang jelas; 
  • Berbilang luka yang berasingan; dan 
  • Sejarah ketara menunjukkan gejala-gejala dan kesan buruk neurologi tersebut yang melarat dan berulang.


Tumor otak benigna
Ketumbuhan bukan kanser dalam otak yang mengancam nyawa dan menimbulkan tanda-tanda peningkatan tekanan dalam tempurung kepala seperti papiloedema, gejala-gejala mental, sawan dan gangguan deria. Ketumbuhan mesti disahkan wujud menerusi kajian imbasan seperti CT Scan atau MRI.

Keadaan-keadaan berikut dikecualikan :-
·         Sista
·         Granuloma
·         Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak
·         Hematoma
·         Tumor dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang
·         Tumor saraf akustik


Serangan jantung
Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokardium) yang disebabkan bekalan darah tidak mencukupi dan dibuktikan oleh:

a) Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan;
b) Perubahan baru dalam elektrokardiograf akibat daripada kejadian ini;
c) Peningkatan enzim kardiak (CPK-MB) melebihi tahap makmal yang diterima secara am sebagai biasa.

Diagnosis berasaskan ujian peningkatan Troponin T sahaja tidak boleh dianggap sebagai diagnosis serangan jantung. Angina dikecualikan secara khusus.


Distrofi otot
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan pakar perunding neurologi mengenai kombinasi 3 daripada 4 keadaan berikut :-

a) Sejarah anggota keluarga lain yang turut terjejas
b) Persembahan klinikal termasuk ketiadaan gangguan saraf, cecair serebospina yang normal dan sedikit kemerosotan dalam tindak balas tendon
c) Elektromiogram yang tipikal
d) Keraguan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Kanak-kanak dikecualikan daripada pentakrifan ini.


Buta
Kehilangan penuh dan kekal seluruh penglihatan kedua-dua belah mata yang tidak boleh dipulihkan. Pengesahan oleh pakar oftalmologi diperlukan.


Penggantian injap jantung
Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung akibat berlaku keadaan injap rosak atau tidak normal selepas tarikh pengeluaran atau tarikh pemulihan semula Sijil Tambahan ini.

Pembedahan membaiki, melalui valvotomi, prosedur menerusi arteri, pembedahan tebuk lubang atau teknik yang sama dikecualikan secara khusus.


Kelumpuhan
Kehilangan upaya penuh dan kekal penggunaan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, kerana kelumpuhan disebabkan oleh penyakit atau kecederaan, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit.


Pembedahan otak
Menjalani pembedahan otak di bawah anestesia am untuk melakukan kraniotomi. Pembedahan Tebukan Bur dan pembedahan otak akibat kemalangan dikecualikan.


Kegagalan buah pinggang
Kegagalan ginjal peringkat akhir dikesan sebagai kegagalan kronik kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi dan yang tidak boleh disembuhkan, hingga memerlukan dialisis buah pinggang berkala atau pemindahan buah pinggang.


Penyakit Parkinson
Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar perunding neurologi dan yang menyebabkan keadaan :-
a) Tidak boleh dikawal dengan ubat
b) Menunjukkan tanda-tanda gangguan yang semakin teruk
c) Kehilangan upaya kekal Yang Diinsuranskan untuk melakukan tanpa bantuan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian.

Hanya Penyakit Parkinson Idiopati dilindungi. Penyakit Parkinson disebabkan dadah atau toksik dikecualikan.


Kanser
Kanser ditakrifkan sebagai pertumbuhan sel-sel malignan yang merebak secara tidak terkawal serta serangan dan kemusnahan tisu biasa yang dianggap memerlukan rawatan atau pembedahan untuk menghalangnya (tidak termasuk prosedur endoskopi sahaja). Penghidapan kanser mesti disahkan oleh bukti histologi yang menunjukkan malignansi.

Keadaan-keadaan berikut dikecualikan:

a) Karsinoma in situ termasuk serviks
b) Karsinoma in situ duktus payu dara
c) Karsinoma papilari pundi kencing & Kanser Prostat peringkat 1
d) Semua jenis kanser kulit kecuali melanoma malignan
e) Penyakit Hodgkin’s peringkat 1
f) Tumor yang wujud sebagai komplikasi AIDS


Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
Pengesahan oleh Doktor Perunding tentang Kehilangan Upaya Berdikari yang berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan mesti mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untul melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian kehidupan sebagaimana ditakrifkan.


Poliomielitis
Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengenai jangkitan virus Polio yang mengakibatkan penyakit kelumpuhan yang ditandakan oleh gangguan fungsi motor atau kelemahan pernafasan. Kes-kes yang tidak melibatkan kelumpuhan tidak layak menerima faedah ini. Punca-punca kelumpuhan lain (seperti sindrom Guillain-Barre) dikecualikan secara khusus.


Kardiomiopati
Diagnosis muktamad oleh seorang pakar perunding kardiologi mengenai kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikular, disyaki melalui ECG tidak normal dan disahkan oleh gema kardiak, berpunca daripada berbagai sebab dan mengakibatkan
kerosakan fizikal yang kekal sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York.

Kerosakan fungsi Kelas III dan IV mengikut klasifikasi Persatuan Jantung NewYork adalah seperti berikut :- 

  • Kelas III – Sekatan Jelas – Pesakit merasa selesa semasa rehat tetapi akan merasai gejala-gejala Kegagalan Kardiak Kongestif apabila melakukan kegiatan kurang daripada yang biasa. 
  • Kelas lV – Ketiadaan upaya untuk menjalankan sebarang kegiatan tanpa merasa tidak selesa. Gejala-gejala Kegagalan Kardiak

Kongestif wujud walaupun semasa rehat. Sebarang peningkatan kegiatan fizikal akan menimbulkan rasa tidak selesa.

Kardiomiopati yang berkaitan secara langsung dengan salah guna alkohol adalah dikecualikan.


Hilang daya pertuturan
Kehilangan upaya penuh untuk bercakap yang tidak boleh dipulihkan secara berterusan selama 12 bulan. Bukti perubatan untuk mengesahkan penyakit atau kecederaan kepada peti suara sebagai menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar
(Telinga, Hidung, Tekak) yang berkenaan.

Segala punca berkaitan dengan keadaan psikiatrik dikecualikan.


Tekanan darah tinggi arteri pulmonary utama
Bermakna hipertensi pulmonari utama dengan pembengkakan teruk ventrikal kanan yang dipastikan menerusi pemeriksaan termasuk pengkateteran kardiak, mengakibatkan kerosakan fizikal kekal yang tidak boleh dipulihkan hingga sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York, dan menyebabkan Orang Yang Dilindungi tidak berupaya menjalankan pekerjaan biasanya.


Penyakit hati kronik
Kegagalan hati peringkat akhir dibuktikan oleh semua yang berikut :-

a) Jaundis kekal;
b) Asites;
c) Ensefalopati;
d) Hipertensi portal.

Tidak termasuk ensefalopati Wernicke dan kegagalan hati yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.


Kelecuran major
Luka terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada permukaan badan diukur mengikut ‘Peraturan 9’ Carta Permukaan Badan Lund dan Browder.


Strok
Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menghasilkan sekuela neurologikal secara kekal, selama tidak kurang daripada enam bulan. Ia termasuk infarksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari sumber di luar kranium. Diagnosis mestilah berasaskan perubahan-perubahan yang dilihat dalam imbasan CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi.

Dikecualikan secara khusus ialah gejala-gejala serebral disebabkan serangan iskemia singkat, sebarang kemerosotan neurologikal hasil iskemia yang boleh dipulihkan, iskemia vertebrobasilar, gejala-gejala serebral disebabkan migrain, kecederaan serebral akibat daripada trauma atau hipoksia dan penyakit vaskular yang menjejaskan mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibul.


Penyakit paru-paru kronik
Penyakit pernafasan peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Kriteria berikut mesti dipenuhi :- 

  • Memerlukan rawatan oksigen secara tetap disebabkan nilai ujian FEV1 kurang daripada satu liter secara konsisten. (Isipadu Pernafasan Paksa dalam saat pertama hembusan secara paksa)
  • Analisis Gas Dalam Arteri menunjukkan tekanan bahagian oksigen serendah 50mmHg atau kurang; 
  • Dispnea sewaktu rehat.

Trauma kepala major
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan kepincangan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh pakar neurologi dan mestilah
mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan sebagaimana ditakrifkan.


Pembedahan pada aorta
Menjalani pembedahan menerusi torakostomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisme aorta, penyempitan aorta atau penyumbatan aorta. Untuk tujuan definisi ini, aorta hendaklah bermakna aorta di bahagian toraks dan abdomen tetapi bukan cabang-cabangnya.


Koma
Keadaan tidak sedar diri dengan tiada tindak balas atau respons terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan sekurang-kurangnya selama 96 jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan nyawa dan yang mengakibatkan defisit neurologikal, kekal selama lebih 30 hari. Mesti disahkan oleh pakar neurologi.

Koma yang disebabkan secara langsung akibat mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah dikecualikan.


Pembedahan organ major
Menjalani pembedahan pemindahan organ sebagai penerima salah satu daripada organ manusia yang berikut:

a) Buah Pinggang
b) Paru-paru
c) Hati
d) Jantung
e) Sumsum tulang


Lupus eritematosus sistemik dengan lupus nefritis
Merujuk kepada ketidakseimbangan imuniti pelbagai system, sejenis gangguan autoimun dikategorikan dengan perkembangan antibodi semulajadi, yang ditujukan berlawanan kepada beberapa antigen sendiri.

Di dalam konteks Sijil Takaful ini, SLE adalah merujuk kepada systemic lupus Erythematosus, yang melibatkan buah pinggang (Jenis
111 kepada Jenis V Lupus Nephritis, yang dipastikan melalui biopsy buah pinggang). Jenis-jenis lain discoid lupus dan hanya melibatkan haematology dan sendi dikecualikan.

Klasifikasi Lupus WHO
Kelas 1 – Perubahan Minima glomerulonephritis
Kelas 11 - Mesangial glomerulonephritis
Kelas 111 – Segmental Focal glomerulonephritis
Kelas IV - Diffuse glomerulonephritis
Kelas V - Diffuse glomerulonephritis


Nota: Semua yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.