Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini adalah ringkasan sahaja. Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran Lampiran yang mana terkini.
Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal
AIDS akibat pemindahan darah atau full blown AIDS
Hayat dilindungi
dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
Ø Jangkitan tersebut
dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi
berkuatkuasa;
Ø Hayat dilindungi
tidak menghidapi haemophiliac; dan
Ø Hayat dilindungi
bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual,
penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan
dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib
kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
Penyakit arteri koronari
Merujuk
kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan
thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi
tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci
(keyhole) atau laser.
Penyakit sistik medulari
Sejenis
gangguan buah pinggang keturunan yang progresif dimana terdapat kehadiran
rongga berisi cecair (sista) di dalam medulla, tubular atrophy dan interstitial
fibrosis dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan buah
pinggang natrium yang terus berkembang mengakibatkan kegagalan ginjal
kronik.Diagnosis haruslah disokong dengan biopsi ginjal.
Anemia aplasia
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan
menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan
sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
- Transfusi
produk darah secara berkala
- Agen
perangsang sum-sum
- Agen
imunosupresif
- Pemindahan sum-sum
tulang
Pekak
Kehilangan
penuh pendengaran segala bunyi kedua-dua belah telinga yang tidak boleh
dipulihkan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam
bentuk ujian audiometri dan ujian tahap bunyi mesti disediakan.
Meningitis
Meningitis
bakterial yang menyebabkan keradangan membran otak atau saraf tunjang,
mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama
sekurang-kurangnya 30 hari dan menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan
sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada
dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan
dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi
tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk
pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Diagnosis
mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.
Sindrom apalik
Nekrosis
kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti
disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti
didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.
Ensefalitis
Ditakrifkan
sebagai keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kesan buruk kekal yang
dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan disahkan oleh pakar perunding
neurologi. Kesan buruk kekal neurologi ini mesti menyebabkan ketiadaan upaya
untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan
Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat
khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang
kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perketaan “kekal” hendaklah bermakna
tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan
semasa. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.
Penyakit neuron motor
Penyakit
neuron motor yang tidak diketahui puncanya ditandakan oleh kemerosotan yang
semakin teruk rangkaian kortikospina dan sel tanduk anterior atau neuron eferen
bulbar. Ini termasuk kemerosotan otot tulang belakang, kerencatan bulbar yang
semakin teruk, sklerosis amiotrofik lateral dan sklerosis lateral utama. Diagnosis
mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.
Penyakit Alzheimer
Kemerosotan
atau kehilangan upaya intelektual atau kelakuan tidak normal, seperti yang
dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian-ujian standard
yang diterima, yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan-gangguan
otak degenerative jenis organik yang tidak boleh dipulihkan, tidak termasuk
neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang gangguan organik berkaitan dadah
atau alkohol, mengakibatkan kemerosotan besar fungsi mental dan sosial sehingga
memerlukan penyeliaan Orang Yang Dilindungi secara berterusan.
Diagnosis
mesti disahkan secara klinikal oleh pakar perunding berkaitan.
Hepatitis viral fulminant
Ini
ditakrifkan sebagai nekrosis hati yang teruk hingga sangat teruk disebabkan
oleh sebarang virus yang dengan pantas menyebabkan kegagalan hati.
Kriteria
diagnostik yang perlu dipenuhi ialah:
a) saiz
hati yang mengecut secara mendadak yang disahkan menerusi ultrasound abdomen;
b)
nekrosis melibatkan seluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular yang
runtuh;
c) ujian
fungsi hati yang semakin merosot;
d)
jaundis yang melarat.
Jangkitan
atau status pembawa Hepatitis B sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostik.
Skelorisis berbilang
Diagnosis
muktamad oleh pakar perunding neurologi mengesahkan kombinasi berikut, yang
telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
- Gejala-gejala
berpunca daripada trek (bahan putih) membabitkan saraf optic, stem otak dan
tulang belakang, yang menghasilkan kesan buruk neurologi yang jelas;
- Berbilang luka yang berasingan;
dan
- Sejarah
ketara menunjukkan gejala-gejala dan kesan buruk neurologi tersebut yang
melarat dan berulang.
Tumor otak benigna
Ketumbuhan
bukan kanser dalam otak yang mengancam nyawa dan menimbulkan tanda-tanda peningkatan
tekanan dalam tempurung kepala seperti papiloedema, gejala-gejala mental, sawan
dan gangguan deria. Ketumbuhan mesti disahkan wujud menerusi kajian imbasan
seperti CT Scan atau MRI.
Keadaan-keadaan
berikut dikecualikan :-
·
Sista
·
Granuloma
·
Malformasi
dalam atau pada arteri atau vena otak
·
Hematoma
·
Tumor
dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang
·
Tumor
saraf akustik
Serangan jantung
Kematian
sebahagian daripada otot jantung (miokardium) yang disebabkan bekalan darah
tidak mencukupi dan dibuktikan oleh:
a)
Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan;
b)
Perubahan baru dalam elektrokardiograf akibat daripada kejadian ini;
c)
Peningkatan enzim kardiak (CPK-MB) melebihi tahap makmal yang diterima secara
am sebagai biasa.
Diagnosis
berasaskan ujian peningkatan Troponin T sahaja tidak boleh dianggap sebagai diagnosis
serangan jantung. Angina dikecualikan secara khusus.
Distrofi otot
Diagnosis
distrofi otot memerlukan pengesahan pakar perunding neurologi mengenai
kombinasi 3 daripada 4 keadaan berikut :-
a)
Sejarah anggota keluarga lain yang turut terjejas
b)
Persembahan klinikal termasuk ketiadaan gangguan saraf, cecair serebospina yang
normal dan sedikit kemerosotan dalam tindak balas
tendon
c)
Elektromiogram yang tipikal
d)
Keraguan klinikal disahkan oleh biopsi otot
Kanak-kanak
dikecualikan daripada pentakrifan ini.
Buta
Kehilangan
penuh dan kekal seluruh penglihatan kedua-dua belah mata yang tidak boleh dipulihkan.
Pengesahan oleh pakar oftalmologi diperlukan.
Penggantian injap jantung
Menjalani
pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung
akibat berlaku keadaan injap rosak atau tidak normal selepas tarikh pengeluaran
atau tarikh pemulihan semula Sijil Tambahan ini.
Pembedahan
membaiki, melalui valvotomi, prosedur menerusi arteri, pembedahan tebuk lubang
atau teknik yang sama dikecualikan secara khusus.
Kelumpuhan
Kehilangan
upaya penuh dan kekal penggunaan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau
sebelah tangan dan sebelah kaki, kerana kelumpuhan disebabkan oleh penyakit
atau kecederaan, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari
tarikh trauma atau penyakit.
Pembedahan otak
Menjalani
pembedahan otak di bawah anestesia am untuk melakukan kraniotomi. Pembedahan Tebukan
Bur dan pembedahan otak akibat kemalangan dikecualikan.
Kegagalan buah pinggang
Kegagalan
ginjal peringkat akhir dikesan sebagai kegagalan kronik kedua-dua buah pinggang
untuk berfungsi dan yang tidak boleh disembuhkan, hingga memerlukan dialisis
buah pinggang berkala atau pemindahan buah pinggang.
Penyakit Parkinson
Diagnosis
muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar perunding neurologi dan yang menyebabkan
keadaan :-
a) Tidak
boleh dikawal dengan ubat
b)
Menunjukkan tanda-tanda gangguan yang semakin teruk
c)
Kehilangan upaya kekal Yang Diinsuranskan untuk melakukan tanpa bantuan tiga
(3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian.
Hanya
Penyakit Parkinson Idiopati dilindungi. Penyakit Parkinson disebabkan dadah
atau toksik dikecualikan.
Kanser
Kanser
ditakrifkan sebagai pertumbuhan sel-sel malignan yang merebak secara tidak
terkawal serta serangan dan kemusnahan tisu biasa yang dianggap memerlukan rawatan
atau pembedahan untuk menghalangnya (tidak termasuk prosedur endoskopi sahaja).
Penghidapan kanser mesti disahkan oleh bukti histologi yang menunjukkan
malignansi.
Keadaan-keadaan
berikut dikecualikan:
a)
Karsinoma in situ termasuk serviks
b) Karsinoma
in situ duktus payu dara
c)
Karsinoma papilari pundi kencing & Kanser Prostat peringkat 1
d) Semua
jenis kanser kulit kecuali melanoma malignan
e)
Penyakit Hodgkin’s peringkat 1
f) Tumor
yang wujud sebagai komplikasi AIDS
Kehilangan upaya hidup sendiri
(berdikari)
Pengesahan
oleh Doktor Perunding tentang Kehilangan Upaya Berdikari yang berterusan untuk
tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan mesti mengakibatkan Hilang Upaya
Kekal untul melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian kehidupan sebagaimana
ditakrifkan.
Poliomielitis
Diagnosis
muktamad oleh pakar perunding neurologi mengenai jangkitan virus Polio yang
mengakibatkan penyakit kelumpuhan yang ditandakan oleh gangguan fungsi motor
atau kelemahan pernafasan. Kes-kes yang tidak melibatkan kelumpuhan tidak layak
menerima faedah ini. Punca-punca kelumpuhan lain (seperti sindrom
Guillain-Barre) dikecualikan secara khusus.
Kardiomiopati
Diagnosis
muktamad oleh seorang pakar perunding kardiologi mengenai kardiomiopati yang
menyebabkan gangguan fungsi ventrikular, disyaki melalui ECG tidak normal dan
disahkan oleh gema kardiak, berpunca daripada berbagai sebab dan mengakibatkan
kerosakan
fizikal yang kekal sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi
kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York.
Kerosakan
fungsi Kelas III dan IV mengikut klasifikasi Persatuan Jantung NewYork adalah
seperti berikut :-
- Kelas III
– Sekatan Jelas – Pesakit merasa selesa semasa rehat tetapi akan merasai
gejala-gejala Kegagalan Kardiak Kongestif apabila melakukan kegiatan kurang
daripada yang biasa.
- Kelas lV
– Ketiadaan upaya untuk menjalankan sebarang kegiatan tanpa merasa tidak
selesa. Gejala-gejala Kegagalan Kardiak
Kongestif
wujud walaupun semasa rehat. Sebarang peningkatan kegiatan fizikal akan
menimbulkan rasa tidak selesa.
Kardiomiopati
yang berkaitan secara langsung dengan salah guna alkohol adalah dikecualikan.
Hilang daya pertuturan
Kehilangan
upaya penuh untuk bercakap yang tidak boleh dipulihkan secara berterusan selama
12 bulan. Bukti perubatan untuk mengesahkan penyakit atau kecederaan kepada
peti suara sebagai menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar
(Telinga,
Hidung, Tekak) yang berkenaan.
Segala
punca berkaitan dengan keadaan psikiatrik dikecualikan.
Tekanan darah tinggi arteri pulmonary utama
Bermakna
hipertensi pulmonari utama dengan pembengkakan teruk ventrikal kanan yang
dipastikan menerusi pemeriksaan termasuk pengkateteran kardiak, mengakibatkan
kerosakan fizikal kekal yang tidak boleh dipulihkan hingga sekurang-sekurangnya
ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New
York, dan menyebabkan Orang Yang Dilindungi tidak berupaya menjalankan
pekerjaan biasanya.
Penyakit hati kronik
Kegagalan
hati peringkat akhir dibuktikan oleh semua yang berikut :-
a)
Jaundis kekal;
b)
Asites;
c)
Ensefalopati;
d)
Hipertensi portal.
Tidak
termasuk ensefalopati Wernicke dan kegagalan hati yang berpunca daripada
penyalahgunaan alkohol atau dadah.
Kelecuran major
Luka
terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
daripada permukaan badan diukur mengikut ‘Peraturan 9’ Carta Permukaan Badan
Lund dan Browder.
Strok
Ditakrifkan
sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menghasilkan sekuela
neurologikal secara kekal, selama tidak kurang daripada enam bulan. Ia termasuk
infarksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari sumber di luar kranium.
Diagnosis mestilah berasaskan perubahan-perubahan yang dilihat dalam imbasan CT
Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi.
Dikecualikan
secara khusus ialah gejala-gejala serebral disebabkan serangan iskemia singkat,
sebarang kemerosotan neurologikal hasil iskemia yang boleh dipulihkan, iskemia
vertebrobasilar, gejala-gejala serebral disebabkan migrain, kecederaan serebral
akibat daripada trauma atau hipoksia dan penyakit vaskular yang menjejaskan
mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibul.
Penyakit paru-paru kronik
Penyakit
pernafasan peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
Kriteria
berikut mesti dipenuhi :-
- Memerlukan rawatan oksigen secara
tetap disebabkan nilai ujian FEV1 kurang daripada satu liter secara konsisten.
(Isipadu Pernafasan Paksa dalam saat pertama hembusan secara paksa)
- Analisis Gas Dalam Arteri
menunjukkan tekanan bahagian oksigen serendah 50mmHg atau kurang;
- Dispnea sewaktu rehat.
Trauma kepala major
Kecederaan
fizikal di kepala yang menyebabkan kepincangan fungsi yang ketara secara kekal
selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Hasil
kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh pakar neurologi dan
mestilah
mengakibatkan
Hilang Upaya Kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian
Kehidupan sebagaimana ditakrifkan.
Pembedahan pada aorta
Menjalani
pembedahan menerusi torakostomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan
aneurisme aorta, penyempitan aorta atau penyumbatan aorta. Untuk tujuan
definisi ini, aorta hendaklah bermakna aorta di bahagian toraks dan abdomen
tetapi bukan cabang-cabangnya.
Koma
Keadaan
tidak sedar diri dengan tiada tindak balas atau respons terhadap rangsangan
luar atau keperluan dalaman, yang berterusan sekurang-kurangnya selama 96 jam,
memerlukan penggunaan sistem sokongan nyawa dan yang mengakibatkan defisit
neurologikal, kekal selama lebih 30 hari. Mesti disahkan oleh pakar neurologi.
Koma yang
disebabkan secara langsung akibat mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan
alkohol atau dadah adalah dikecualikan.
Pembedahan organ major
Menjalani
pembedahan pemindahan organ sebagai penerima salah satu daripada organ manusia
yang berikut:
a) Buah
Pinggang
b)
Paru-paru
c) Hati
d)
Jantung
e) Sumsum
tulang
Lupus eritematosus sistemik dengan lupus
nefritis
Merujuk
kepada ketidakseimbangan imuniti pelbagai system, sejenis gangguan autoimun
dikategorikan dengan perkembangan antibodi semulajadi, yang ditujukan
berlawanan kepada beberapa antigen sendiri.
Di dalam
konteks Sijil Takaful ini, SLE adalah merujuk kepada systemic lupus
Erythematosus, yang melibatkan buah pinggang (Jenis
111
kepada Jenis V Lupus Nephritis, yang dipastikan melalui biopsy buah pinggang).
Jenis-jenis lain discoid lupus dan hanya melibatkan haematology dan sendi
dikecualikan.
Klasifikasi
Lupus WHO
Kelas 1 –
Perubahan Minima glomerulonephritis
Kelas 11
- Mesangial glomerulonephritis
Kelas 111
– Segmental Focal glomerulonephritis
Kelas IV
- Diffuse glomerulonephritis
Kelas V -
Diffuse glomerulonephritis
Nota: Semua yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.